allahuakbar!!!! allahuakbar!!!! allahuakbar!!!! allahuakbar!!!! allahuakbar!!!! allahuakbar!!!! allahuakbar!!!! Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Selamat Datang ke Blog Ana.
Ana Akan Sentiasa Memberikan Artikel-artikel Yang Menarik Dan Berguna
Untuk Dijadikan Sebagai Santapan Rohani Untuk Diri Kita..
ALLAHUAKBAR!!!! Semoga usaha kita untuk menegak ISLAM
mendapat keredhoan daripada ALLAH!!

Image Hosted by ImageShack.us







Thursday, February 15, 2007
gambor kat kmp

Image Hosted by ImageShack.us

ni la gambar kawan2 pusat islam kmp

 

Image Hosted by ImageShack.us

Posted at 12:33 pm by puterax88
Comment (1)  

fadilat berzikir

Fadhilat Berzikir

Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam
risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

* Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya

* Zikir menyebabkan Allah redha



* zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia

* zikir menggembirakan hati

* zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari

* zikir memurahkan rezeki

* zikir adalah sinaran hati dan muka

* zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar

* zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

* zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya

* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

* Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah

* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
Fadhilat Berzikir
Kiriman: asbat79 pada Isnin, 20 November, 2006 - 12:00 AM GMT
Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam
risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

* Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya

* Zikir menyebabkan Allah redha



* zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia

* zikir menggembirakan hati

* zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari

* zikir memurahkan rezeki

* zikir adalah sinaran hati dan muka

* zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar

* zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

* zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya

* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

* Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah

* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.

* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 151) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".

* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 151) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".

Posted at 12:32 pm by puterax88
Comment (1)  

problem

hati tgh x tenteram ni..

xtau nak wat apa dah..

harap2 allah bagi ketenangan..

j


Posted at 12:28 pm by puterax88
Make a comment  

Sunday, December 17, 2006
exam dah abis oii...

i got PNGK 3.9..

for semester 1

ALHAMDULILLAH...


Posted at 09:29 pm by puterax88
Make a comment  

Wednesday, August 09, 2006
DemonStRasi mengutuk kekejaman Israel.

Image Hosted by ImageShack.us

di hadapan masjid zahir alor setar

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Ya Allah Selamatkanlah Umat Islam..

KHAIBAR ! KHAIBAR !.. KHAIBAR YA YAHUD!!.. JUNDU MUHAMMAD!! SAUFA YA`UD!!

ALLAHU AKBAR!!

Posted at 09:35 am by puterax88
Make a comment  

Thursday, August 03, 2006
Hati Seorang Isteri I

Hati seorang isteri

 

 “Jangan mengharapkan isteri seperti Fatimah, Jika diri tidak sehebat saidina Ali”                                 

 

“ Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…”

An-Nissak : 1.

 

Sabrina tahu.  Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya.  Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam.  Allah tahu.  Allah maha tahu.  Adam tidak betah keseorangan.  Lalu terciptalah Hawa.  Hawalah penyeri.  Hawalah penghibur.  Hawa jua racun berbisa.  Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.  Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa.  Lantas dicampakkan ke dunia.  Dunia yang penuh kekejaman.  Penuh noda.  Penuh sengsara.  Itulah wanita.  Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya.  Adam jatuh kerana Siti Hawa.  Habil, dan Qabil berbunuhan kerana  hawa.  Bill Clinton  menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa.  Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

 

Sabrina mengenali Zaid al-Harithah sejak berada di bumi SMKAK lagi.  Siapa tidak kenal lelaki itu?  Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi.  Ya…  Zaid memiliki peribadi yang boleh dibanggakan.  Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis.  Rambutnya lurus, kopiah di kepala.  Mukanya bersih disinari cahaya.  Bibirnya merah, sebagai tanda  tidak merokok.  Zaid pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro…  Tetapi, bukan itu alasannya.  Bukan itu puncanya.  Ilmu…  Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya.  Rasulullah pernah bersabda, “ Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu.  Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu.  Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu.”

 

“ Umi…  Abu ingat abi.”

“ Abi sibuk.  Nanti malam, abi pulang.  Abu dah solat?  Pergi solat dulu.  Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu.”

 

Abu Bakar…  Putera sulung Sabrina bersama Zaid.  Sebagai tanda cinta berpanjangan.  Abu Bakar As-Siddiq…  Sahabat akrab Rasulullah.  Itulah impian Sabrina.  Setelah sah menjadi suri Zaid, Sabrina bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah.  Sabrina ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat.  Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata.  Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.

 

Fatimah…  Begitu comel wajah itu.  Masih Sabrina ingat.  Sewaktu Fatimah dilahirkan,  Zaid tiada di sisi.  Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya.  Paginya menjadi seorang doctor di Hospital Besar Alor Star.  Malamnya menggegarkan pentas ceramah.  Pendakwah bebas…  Perginya ke mana-mana.  Sabrina bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Sabrina terharu.  Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Zaid tiada di sisi tika dia mahu melahirkan.  Andai kata Sabrina menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mati di sisi suami.  Di pangkuan suami tercinta.

 

“ Ayang nak letak nama apa?”

“ Suka hati abang la.  Asal abang suka, ayang tak bantah.”

“ Sumayyah?”

“ Abang suka?”

“ Entahlah.  Apa kata…   Fatimah Az-Zahrah.”

 

Zaid mengucup dahi isteri tercinta.  Zaid bahagia bersama Sabrina.  Zaid bersyukur kerana Sabrina kini menjadi miliknya.  Dia tidak salah pilih.  Sabrina begitu memahami.  Sabrina tidak pernah merungut dengan segala kekurangan.  Sabrina sentiasa patuh, dan redha.  Zaid tahu, Sabrina kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu.  Tetapi, sebagai isteri yang taat, Sabrina akur.  Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Sabrina tetap menerima.  Sabrina mahu menjadi setaat Siti Muthiah.  Itu Zaid tahu.

 

Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya.  Siapakah dia?  Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah?  Dialah Siti Muthiah.  Wanita agung mentaati suami.  Dirinya untuk suami.  Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.

 

“ Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?”  Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.

“ Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja.  Air ini kuhidangkan buatnya.  Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak.”

“ Bagaimana pula dengan rotan?”

“ Jika layananku tidak memuaskan hatinya, aku rela dipukulnya.”

“ Adakah dia sering memukulmu?”

“ Tidak.  Bahkan dia hanya memelukku di sisinya.”

“ Kamu memang layak masuk syurga,” bisik hati Fatimah.

 

Sabrina ingin menjadi sehebat Siti Muthiah.  Taat, dan patuh kepada suami.  Menjadi penawar buat suami.  Melahirkan permata hati untuk suami.  Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan.  Takbir!!  Sabrina terkejut dari lamunan.  Dia terkenang kisah lampau.  Antara dia, dan Zaid.  Antara cita-cita, cinta, dan harapan.  Konflik berlegar-legar.  Cita-cita membantu ibu di desa.  Meringankan beban ibu yang melahirkan.  Membalas jasa bapa yang membesarkan.  Sabrina tahu perit ibu mengandungkan.  Sakit ibu melahirkan.  Penat ibu membesarkan.

Kakak,

Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong.  Nak bawa kami naik kapal terbang.  Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah.  Kenapa tak boleh sekarang?  Kakak tak ada duit ye?  Kakak tak cukup duit?  Salam sayang dari kami di kampung.

Abang.

 

Abang,

Bukan kakak lupa.  Kakak ingat janji kakak.  Tapi, apakan daya.  Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung.  Janji kakak,  agak sukar dikotakan.  Sayang selalu.

Kakak.

 

Konflik terus bermain di kepala.  Antara ketaatan, dan cita-cita.  Antara harapan, dan cinta.  Hati Sabrina menjerit.  Dia ingin mengotakan janjinya.  Ingin meringankan beban ibunya.  Sabrina merancang sebegitu lama.  Sabrina fikir, jika Zaid membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya.  Membantu keluarganya.  Mengapalah Zaid tidak pernah mahu mengerti?

 

“ Ayang…  Minggu depan abang kena bagi ceramah kat Langkawi.  Mungkin dalam dua hari.”

“ Pergilah bang.  Orang dah jemput.”

“ Macam mana anak-anak?”

“ Abu…  Macam biasalah.  Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah.”

“ Ayang…   Penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang.  Minggu ni, kita jimat sikit ye.  Duit ibu dah hantar?”

“ Emmm….”

 

 

Abang,

Bukan harta yang dipinta.  Bukan emas yang dirayu.  Sabrina ingin selalu di sampingmu.

 

Sabrina serba salah.  Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya.  Sebelah pagi, Zaid bergegas ke pejabat.  Malamnya, jika ada jemputan, Zaid perlu berceramah.  Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana.  Kadang-kadang, Zaid tidur beralaskan kusyen.  Kadang-kadang Zaid tidak tidur langsung.  Sabrina kasihan melihat suaminya.  Meskipun Zaid tidak pernah meluahkannya, Sabrina tetap mahu melihat keselesaan suaminya.  Ah!!  Iblis begitu kuat menghasut.  Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana.  Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya.  Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah.  Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, “Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu.  Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. ” Ibrahim : 7. Ya…  Sabrina perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

 

Seperti biasa, Sabrina menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya.  Mengasuh mengikut pesan suami.  Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras.  Sabrina begitu bahagia.  Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat.  Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu.  Suami tanpa isteri.  Tetapi, Sabrina mahu mati sebagai syuhadah.  Bak kata seorang teman, “ Hiduplah sebagai ulama’,  matilah sebagai syuhadah.”  Sabrina mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya.  Kadang-kadang Sabrina cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Zaid akan menikah lagi.  Anak-anaknya bakal punya umi baru.  Akan ada orang lain di hati Zaid.  Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya.  Apatah lagi wanita di dunia.

 

“ Kakak…  Nenek sakit tenat.  Baliklah.  Ibu suruh kakak balik.”

“ Abang Zaid tiada. Pergi ceramah di Langkawi.  Macam mana kakak nak keluar rumah?”

“ Kakak telefonlah dia.  Nenek dah nazak.  Kakak kena balik.”

“ Nanti kakak telefon abang Zaid.”

 

Telefon Zaid?  Mana mungkin Sabrina mengganggu Zaid waktu itu.  Hatinya meronta untuk pulang.  Tapi bagaimana?  Sabrina tahu, suaminya tidak akan marah.  Bukan benda kecil.  Hidup mati manusia. Tapi, Sabrina tidak mahu menghalang gerak kerja Zaid.  Jika dikhabarkan berita ini,  pasti Zaid gelisah.  Sabrina yakin,  Zaid pasti tidak dapat pulang malam ini.  Hendak pulang sendiri?  Sabrina mana ada fulus?  Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi.  Tetapi,  bagaimana dengan Abu, dan Fatimah?  Tinggalkan di rumah?  Tidak sama sekali.  Apa-apa boleh berlaku.  Budak-budak masih kecil.  Tidak tahu apa-apa.  Tidak mengerti apa-apa.  Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi?  Sabrina tidak sanggup.  Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan.  Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini?  Mana mungkin Sabrina mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada?  Ibu tidak tahu.  Dan ibu tidak perlu tahu.  Ibu juga tidak boleh ambil tahu.  Sabrina banyak berjimat.  Ditahan keperluannya.  Dipenuhi kehendak ibu bapanya.  Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah.  Biarlah dia berkorban sedikit.  Hanya sedikit…

 

“ Kakak...  Nenek dah meninggal.”

“ Innalillahiwainnailahirajiun.”

 

Sabrina senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.

 

Nenek tua itu telah sampai ajalnya.  Telah tiba waktunya.  Rambutnya putih.  Tiada yang hitam.  Mukanya cengkung.  Tangannya berkedut.  Sabrina sayang orang tua itu.  Dialah yang mengasuhnya selama ini.  Mendidiknya menjadi orang yang berguna.  Ibu juga mendidik.  Ayah juga mengajar.  Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi.  Akhirnya, nenek pergi jua.  Meskipun Sabrina tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya.  Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad. 

 

“ DaripadaNya kita datang.  KepadaNya kita kan kembali.”

 

“ Kak Sabrina.”

“ Ya saya. Siapa di sana?”

“ Saya Hafizah, anak didik ustaz Zaid.”

“ Ooo…  Ustaz tiada.  Dia belum pulang.  Hafizah nak pesan apa-apa?”

“ Em…  Akak...  Saya harap akak tidak marah.  Tapi, saya dah tak mampu,”   talian sunyi sebentar.

“ Akak…  Saya mencintai ustaz Zaid.  Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri.  Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua.”


Posted at 02:46 am by puterax88
Comment (1)  

Hati Seorang Isteri II

“ Ustaz tahu hal ni?”  Sabrina cuba menahan getar di hatinya.

“ Mungkin tahu.  Tapi,  buat-buat tak tahu.  Saya terseksa.”  Diam lagi…

“ Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak...  Pinanglah dia untuk saya.”

 

Hampir terjatuh gelas putih itu.  Sabrina tidak sanggup.  Dia tidak sanggup bermadu.  Tidak rela dimadu.  Apatah lagi berkongsi suami.  Sabrina tidak sekuat Saidatina Aisyah.  Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah.  Bermadu tak semanis yang disangka.  Mungkin lebih pahit daripada hempadu.  Sabrina tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu.  Malahan dua…  Tiga…  Empat…  Sabrina yakin Zaid mampu mengemudi dua buah bahtera.  Tapi…

 

Sabrina tidak cukup kuat untuk itu.  Sudah banyak dia berkorban.  Perlukah dia berkorban lagi?  Dia berkorban kerana ketaatan.  Kerana patuh terhadap suami.  Perlukah dia terus memendam rasa lagi?  Menangis!!  Sabrina tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian.  Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya.  Mengapa?  Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya.  Ujian!!  Sebagai tanda kasih Tuhan.  Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan.  Dua-dua sama.  Sebagai tanda cinta Ilahi.  Allah pernah berfirman,

“ Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,”

Al-Baqarah : 286.  Sabrina juga tahu firman Tuhan, “ Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.  Tapi…

 

Macam mana dengan Hafizah?  Hafizah mencintai suaminya.  Mengapakah Zaid yang dipilih?  Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini?  Adakah Zaid turut mempunyai perasaan yang sama?  Atau,  adakah mereka sebenarnya saling mencintai?  Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Zaid menyuruh Hafizah meminta kebenaran.  Nanti…  Abu, dan Fatimah akan punya dua umi.  Tidak sanggup Sabrina memikirkannya.  Tidak sanggup dia melihat kemesraan Hafizah, dan Zaid.  Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya.  Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu.  Sabrina yakin.  Kala itu, dia pasti akan menangis.  Kalau dulu, Sabrina menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi.  Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.

 

Sabrina teringat pesan Tok Guru.  Poligami tidak salah.  Malah meringankan beban wanita yang terseksa.  Asal kita hayati, fahami konsepnya.  Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada.  Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah.  Kahwinlah satu lagi.  Tafaddhal masykura.  Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi.  Pertama, darjatnya pasti diangkat  Allah.  Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan.  Benar.  Bila suami bersama isteri kedua,  bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat.  Bolehlah dia qiam sepertiga malam.  Sabrina tahu semua itu.  Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya.  Mengadu, merintih kepadaNya.  Tapi…

 

Kan ketaatan itu juga satu ibadah?

 

“ Kenapa lain macam je ayang sekarang?  Ada masalah ke?”  Zaid mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya.  Senyum Sabrina lain dari biasa.

“ Tak adalah bang.  Ayang letih je,”  kata Sabrina menahan sebak di dada.

“ Bukan sehari abang kenal ayang.  Dah bertahun kita bersama.  Kenapa ni?  Ayang ada masalah?  Atau baby ni merungsingkan ayang?”  Sangkal Zaid lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu.  Sabrina…  Abang mencintaimu.  Zaid memeluk Sabrina, dan mendudukkan dia di sisinya.

“ Ceritakanlah…  Ayang bukan sahaja isteri abang.  Tapi sahabat, dan teman bagi abang.  Tiada rahsia antara kita.”

“ Abang…” Sabrina makin sebak.

 

Tiba-tiba…

 

“ Umii…  Tengok abang ni.  Dia kacau Imah.”

“ Alaa.  Bukan Abu nak  kacau.  Abu nak main je.”

“ Abu main kasar,  bukan nak main elok-elok.  Cakap kat abi.”

 

Tak sanggup Sabrina membuka suara.  Mujur putera puterinya buat hal.  Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku.  Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Zaid.  Hafizah!  Mengapakah kamu hadir dalam hidupku?  Kenapa Zaid yang kau pilih?  Kenapa dia yang kau cinta?  Bagaimana jika Zaid bersetuju?  Tak sanggup Sabrina menerima realiti itu.  Satu mimpi ngeri buatnya.  Jika Zaid menolak, Sabrina pasti menangis suka.  Tapi, jika Zaid menerima?  Sabrina menangis juga.  Dia menangis kedukaan.  Zaid pasti memujuk tapi hatimya telah mati.  Cerai?  Ya.  Perkara halal yang dibenci Allah.  Sabrina tidak pernah terfikir untuk minta cerai.  Hanya Zaid yang diharapkannya.

 

Sudah sebulan peristiwa itu berlaku.  Sabrina melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya.  Diasuh anak-anak sebaiknya.  Dilayan suami seikhlasnya.  Tidak pernah Sabrina bermasam muka.  Apatah lagi berwajah sugul.  Sabrina lupa.  Dia tidak boleh menipu Zaid.  Suami itu menyedari perubahan Sabrina.  Ada benda yang cuba disembunyikannya.  Senyum Sabrina manis tapi tidak semanis dahulu.  Segalanya berubah.  Zaid amat mencintai Sabrina, dan dia tidak mahu perubahan ini.  Apa dah jadi?  Zaid gelisah tak tentu.  Kerjanya tanpa kosentrasi.  Senyuman Sabrina yang lain itu sudah cukup meresahkan Zaid.  Sedarkah Sabrina?  Lebih parah lagi bila Zaid tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya.  Itulah kuasa wanita.  Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki.  Bangkitlah Zaid.  Sesungguhnya…

 

“ Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya…” At-Taubah : 24.

 

“ Abang…”   Sabrina bersuara satu malam.

“ Yang...”

“ Baru-baru ni, pelajar abang telefon.”

“ Ya.”

“ Hafizah namanya,”  Sabrina cuba melihat reaksi Zaid tapi tiada perubahan pada wajah itu.

“ Ya.”

“ Katanya...”   Diam seketika.

“ Katanya dia mencintai abang.  Dia mahu mengahwini abang.”

“ Jadi?”  Begitu tenang lelaki ini.

“ Kahwinilah dia,”   lantas Sabrina menangis teresak-esak.  Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada.  Disembamkan mukanya di riba suami.  Habis basah pelikat itu.  Sabrina menangis, dan terus menangis.  Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.

“ Sebab inikah kamu berubah isteriku?”   Bisik hati Zaid.  Diangkat muka Sabrina.  Ditenung mata yang berair itu.  Sabrina menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami.  Zaid mengangkat kembali wajah itu.  Ditenung lagi mata itu.  Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.

“ Kalau ayang suruh abang kahwin,  kenapa menangis?”   Diam…

 “ Ayang tak sanggup?”   Diam lagi…

“ Kalau tak sanggup, kenapa suruh abang kahwin?”   Lidah Sabrina kelu.

“ Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya.  Buat apa abang nak cari lain?  Isteri abang hanya seorang.  Nur Syahidatul Sabrina namanya.  Terima kasih kerana bersama abang selama ini.  Melahirkan keturunan abang.”

 

Lagi seminggu Sabrina akan melahirkan bayi yang ketiga.  Kalau muzakkar,  namanya Umar.  Kalau muannas,  pastinya Siti Muthiah.  Zaid tidak sabar menanti saat itu.  Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan.  Sabrina terlalu banyak berkorban.  Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang.  Kasihan Zaid melihat Sabrina.  Lain pula dia kali ini.  Benar-benar tidak bermaya.  Mukanya pucat.  Langkahnya longlai.  Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.

 

“ Abang…  Takut rasanya kali ini.”

“ Kenapa?  Kan abang ada.”

“ Entah bang.  Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk.”

“ InsyaAllah, segalanya akan selamat.”

“ Abang...”

“ Ya.”

“ Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…”

“ Tak akan ada apa-apa yang berlaku.”

“ Kalau-kalau…”

“ Semua akan selamat,”   pintas Zaid.

“ Kalau-kalaulah…  Abang nikahilah Hafizah sebagai pengganti ayang.”

 

Inilah wanita.  Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh.  Prasangka tidak pernah luput.  Zaid mengerti.  Prasangka itu tandanya sayang.  Tapi,  usahlah begitu.  Benarlah kata seorang motivator.  Wanita itu mudah tersentuh.  Sensitif benar hatinya.  Emosinya tidak dapat dibendung.  Sentiasa mengikutinya.  Menjadi pengawal peribadi yang setia.  Sabrina juga tidak terkecuali.  Percayalah Sabrina.  Cinta abang untuk Sabrina seorang.

 

“ Encik Zaid…  Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan.  Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu.”

“ Selamatkan keduanya,”  Zaid seolah memberi arahan.

 

Zaid memegang erat isterinya.  Muka Sabrina pucat lesi.  Diusapnya rambut hitam Sabrina.  Diciumnya pipi itu.  Zaid ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi.  Bukan kerana ego.  Sabrina sendiri tidak menangis.  Masakan dia boleh menangis?  Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran.  Sabrina sedaya upaya melawan sakitnya.  Yang penting,  anak Zaid itu lahir ke dunia.  Nyawanya nombor dua.  Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba…   Kedengaran bayi mendendangkan lagunya.  Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Sabrina menghembuskan nafasnya yang terakhir.

 

 

Ibnu Jarir Meriwayatkan

 

“Barangsiapa yang mencintai seseorang kerana Allah,Membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah.Maka sesungguhnya hal itu memberikan kecintaan dan pertolongan dari Allah.Dan seseorang tidak akan menemui rasa nikmat iman,sekalipun solat dan puasanya sehingga dia bersikap sedemikian.Persahabatan antara manusia yang bersandaran kepada kepentingan dunia tak berguna sedikit pun bagi mereka

 



"TIDAK ADA APA YG LEBIH MANIS DLM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN & CINTA ILAHI."

 


Posted at 02:34 am by puterax88
Make a comment  

Monday, May 01, 2006
:.: Ayat Penerang Hidup :.:

Untuk amalan kita bersama supaya sentiasa mendapat keredhaan ALLAH Swt.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"


Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.

Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana
salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu
kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang
yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi
mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir
solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia
dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa
dua-tiga
minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina
Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam
begitu
cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina
Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil
pada
waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali
membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan
mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan
membaca
surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan
membaca 30 jus Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu
sendi
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat
padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu
seluas
dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000
malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami
berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis
di
sayap malaikat Mikail. Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat
Israfil a.s.


Nota:

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,sampaikanlah
ilmu
ini kepada kawan2 yang lain.Sepertimana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang
anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anak yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Posted at 12:56 am by puterax88
Make a comment  

Sunday, April 30, 2006
KEM JATI DIRI SKFBT

KEM JATI DIRI,

untuk pelajar2 tahun 6 SK FELDA BUKIT TANGGA..

6 org fasilitator muslimin..

>ana ,abg faisal,abg hakimi,abg imanuddin,abg bukhori,firdaus amin

4 org fasilitator muslimat

>x-sstudent f6 kisas

antara gambar2 yg dpt dimuatkan:-

 

 

Image Hosted by ImageShack.us

fasilitator bersama guru

 

Image Hosted by ImageShack.us

fasilitator muslimin bersama peserta muslimin

 

 

Image Hosted by ImageShack.us

kem tentera yg mengawal sempadan malaysia-thailand.. berdekatan dgn kawasan sekolah ini..


Posted at 08:48 am by puterax88
Make a comment  

Seandainya RAsulullah datang ke Rumah Kita..

Seandainya Rasulullah..

 

Seandainya Rasulullah mengetuk pintu rumah kita.
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih
dimuka pintu rumah kita.. Apa yang akan kita
lakukan?
Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk
baginda erat-erat, dan lantas
mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan
sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum.....
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW
menunggu sebentar di depan pintu kerana kita
teringat video CD Rated 18xxx yang ada di
ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan
dahulu CD tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali, kita teringat akan lukisan
wanita separuh telanjang yang kita gantung
diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga
memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada diruang samping dan
meletakkannya di ruang tamu. Baginda tentu
tersenyum.....
Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap
dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih
hafal lagu-lagu barat daripada
menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita
menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui
sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana
kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum..... Barangkali kita jadi
malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui
satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan
sahabatnya,tetapi hafal di luar kepala mengenai
anggota Power Rangers atau Penyu
Ninja.Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar
mandi menjadi ruang solat.Barangkali kita
teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak
memilikikoleksi pakaian yang sesuai untuk
berhadapan dengan Rasulullah SAW. Baginda tentu
tersenyum..... Belum lagi koleksi buku-buku kita
dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi kaset/CD
kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi
karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita
harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi
menghormati junjungan kita? Barangkali kita
menjadi malu diketahui junjungan kita
bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan
berbunyi. Baginda tentu
tersenyum.....Barangkali kita menjadi malu kerana
pada saat azan Maghrib, keluarga
kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita
menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir
seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan
duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana
keluarga kita tidak pernah
menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi
malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-
Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita
tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Baginda
tentu tersenyum..... Barangkali kita
menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan
kepada kita siapa nama tukang
sampah yang setiap hari lewat di depan rumah
kita. Barangkali kita menjadi malu jika
Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat
tukang penjaga masjid di tempat kita. Betapa
senyum baginda masih ada di situ..... Bayangkan
apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di
depan rumah kita... Apa yang akan kita lakukan?
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan
mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah
kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan
menolak baginda berkunjung ke
rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita
kalut dan malu?
Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah baginda tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini
di mata Rasulullah.....


Posted at 01:54 am by puterax88
Comment (1)  

Next Page

:: ASSALAMUALAIKUM ::

 

Image Hosted by ImageShack.us-PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) SEBAGAI WADAH PERJUANGAN KITA!!-

 

:: MUTIARA KATA ::

 

KEMULIAAN SEJATI YANG DIANGGAP BERNILAI OLEH ALLAH, TIDAK LAIN DARIPADA KEMULIAAN HATI, KEMUDIAN PERANGAI DAN KETAATAN KEPADA ILAHI. - HAMKA

“ILMU ITU KEHIDUPAN HATI DARI KEBUTAAN, SINAR PENGLIHATA DARI KEZALIMAN DAN TENAGA BADAN DARIPADA KELEMAHAN. DENGAN ILMU, MAKA ALLAH ITU SAMPAI KE TEMPAT ORANG-ORANG YANG BAIK DAN BERDARJAT TINGGI”. - HAMKA –

“JANGANLAH MELIHAT KEBURUKAN ORANG KEPADA KITA, LIHATLAH KEBURUKAN KITA KEPADA ORANG DAN JANGANLAH MELIHAT KEBAIKAN KITA KEPADA ORANG, LIHATLAH KEBAIKAN ORANG KEPADA KITA”.

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." Al-Ghazali.

dari Abu Zar, ra, dari Nabi saw: "Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah, dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah, kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)." (Abu al-Sheikh)

"


 

Image Hosted by ImageShack.us

 

Image Hosted by ImageShack.us

:: TAZKIROH::

 

Teringat pesan ayahanda...

"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas?

Jika tidak ingat,

gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang

ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..."

Subhanallah, betapa alpa nya kami...

Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...



"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan,

bukan pada manisnya ucapan di bibir,

tapi terletak pada ingatan seseorang

terhadap saudaranya di dalam doanya."

Al-Ghazali.


:: HADITH PILIHAN ::

 

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya :

Sedang kami duduk di dalam majlis

bersama Rasulullah SAW pada suatu hari,

tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang

laki-laki yang berpakaian serba putih,

berrambut terlalu hitam, tiada kesan

bahawa ia seorang musafir, dan tiada

antara kami yang mengenalinya, lalu

duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan

ditemukan kedua lututnya dengan kedua

lutut Rasulullah SAW serta diletakkan

kedua tapak tangannya ke atas kedua

paha Rasulullah SAW, lalu berkata :

Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan

Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke

Baitullah apabila berdaya ke sana.

Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan

kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang

bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke

tentang Iman ?

Rasulullah : Hendaklah engkau beriman

kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya,

Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat

dan hendaklah engkau beriman kepada

taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu !


Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?

Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah

Allah seolah-olah engkau melihatNya.

Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang

hari kiamat ?.

Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya

itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang

tanda-tandanya ?

Rasulullah : Apabila hamba perempuan

melahirkan tuannya sendiri ;

Apabila engkau melihat orang yang berkaki

ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing

( berbangga ) membina bangunan yang

tinggi-tinggi.

( Kemudian beredar keluar sipemuda itu

dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar

siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya

jua yang mengetahui.

Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah

mendatangi aku untuk mengajarkan

kamu pelajaran agama kamu.

 

:: LAGU PERJUANGAN ::

 

SEMARAK PERJUANGAN

[ SHOUTUL AMAL ]

 

Marilah Beramal

Beramal kerana Allah

Beramal kerana Allahu Akbar

 

Beramal kerana Allah

Pemuda melangkah gagah

Menjana kuasa rakyat

Bersiap menghadapi cabaran

 

Semarakkan semangat perjuangan

Usahlah kita terus terleka

Menegak kema’rufan

Menentang kemungkaran

Allah pasti bersama

 

Kukuhkan ukhuwah hidupkan jemaah

Susunlah barisan usahlah terleka

Bersatu teguh mara bersama

Islam pastikan subur

 

Kerahkan tenaga jua fikiranmu

Korbankan harta sekalipun jiwamu

Menentang musuh Allah

Laungkan takbir ........ Allahu Akbar

 

Bersatulah kita bergerak melangkah

Tegakkan Islam agama yang tercinta

Ayuh kita julang kembali

Islam pasti gemilang

Islam pasti gemilang

Islam pasti gemilang

 

 



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

 WA ISLAMA

[ AS-SHOFF]


Dengan Wa Islama kami laungkan,
Untuk ingatan dan pesanan,
Untukmu buatmu, (2x)
Wahai para pejuang.

 

Korbankanlah hartamu,
Korbankanlah jiwamu,
Berjuang dan berkorban demi Islam.

 

Korbankanlah hartamu,
Korbankanlah jiwamu,
Allah menjanjikan syurga buatmu.

 

Wahai pejuang, (2x)
Betulkan aqidahmu,
Wahai pejuang,
(2x)
Kuatkanlah imanmu.

 

Tika kau berhadapan,
Bila musuh menentang,
Dengan isim cubaan dan cabaran.

 

Wahai pejuang, (2x)
Eratkanlah ukhuwah,
Wahai pejuang,
(2x)
Satukan persatuan.

 

Ikhlaskan kasih sayang,
Hulurkanlah bantuan,
Pasti musuh gentar denganmu.

 

Wahai pejuang, (2x)
Susunlah barisanmu,
Wahai pejuang,
(2x)
Korbankanlah hartamu,
Wahai pejuang,
(2x)
Kuatkanlah azammu.

 

Bulatkan penyerahan,
Korbankan semangat jihad,
Cintakan syahid untuk bertemu Tuhan

 

Dengan Wa Islama,
Kita bersatu hati,
Berbaris menuju ke medan pejuang,
Menjadi pahlawan umat terbilang,
Membela keagungan Islam,

 

Korbankanlah hatimu,
Korbankanlah jiwamu,
Untuk kemenangan Islam.

 

 

 

 



Image Hosted by ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

____________

:: WAKTU SOLAT ::

 

:: BLOG RADIO ::

 

:: DOAKU UNTUK SAHABAT²KU SEKALIAN ::

 

...Bismillahhirahmannirrohim... "Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus! Jalan yang Engkau redhai ,jalan yang Engkau berikan nikmat.Jalan yang telah dilalui oleh para nabi dan rasul-Mu, Para syuhada dan solihin, para mukminin dan muttaqin. Bukan jalan yang Engkau murkai iaitu jalan orang yang sesat.....Amin.... "



 

Image Hosted by ImageShack.us

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed